Thursday, April 19, 2012
luahan hati!?#@%$^_^
pening...sakit kepala...tringin nk bce nvel...tp x beli baru pun...tggu nanti la...nk stdy lagi...exam round d corner..hurmmm...mudah-mudahan Allah permudahkan aku menjawab dan aku lulus utk naik sem 5 julai ni...can't wait 4 PLK..huhu...x tau la dpt mne...jnji dkat dgan yang tersayang...huhu...lau nk g bailk pun sng...ade yg mengantor nye...hehehe...mcm amik ksempatan plak...tp x pe..tanggungjawab dye..kenalah tunaikan...ya Allah,Kau permudahkan urusan ku dan kekalkanlah hubungan kami hingga ke akhir hayat.moga aku dapat bergelar seorg isteri yang sah kepada suami yang aku cintai...alamak!!!!dh mcm wt nvel plak..hahaha...
Friday, April 13, 2012
kegunaan PANDAN
1. Untuk tujuan perubatan pula, daun juga yang menjadi pilihan. Bagi mereka yang mengalami masalah reumatik, dikatakan daun pandan juga berkhasiat dalam merawat masalah ini. Penghidap dikatakan boleh menggunakan ubat gosok yang dihasilkan daripada 3 helai daun pandan yang diseduh dengan setengah cawan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Adun ramuan ini sehingga rata dan apabila sejuk, gosokkan ramuan ini pada bahagian yang bermasalah.
2. Masalah lemah saraf juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun pandan. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun pandan yang kemudiannya dipotong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi tersisa sebanyak 2 gelas. Minumlah ramuan ini sebanyak 1 gelas pada waktu pagi dan malam.
3. Bagi mengatasi masalah angin dalam badan, ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. Rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.
4. Daun pandan juga dikatakan mampu merawat perasaan gelisah. Caranya ialah dengan mengmbil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum dua atau tiga kali sehari.
5. Selain itu, daun pandan juga dikatakan mampu digunakan tujuan merawat penyakit demam campak, gonorrhea, sifilis, denggi dan anemia.
Tuesday, April 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)